matlamat kehidupan

Friday, January 1, 2010

Isu tuntutan penganut kristian terhadap penggunaan kalimah ALLAH..dimanakah sensitiviti kita sebagai umat Islam?

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke 80 pada 1-3 Februari 2008 telah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut,maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Harap ada golongan yang berautoriti seperti menteri dapat menggunakan kuasa untuk memartabatkan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.wahai muslimin muslimat doakan semoga rayuan yang akan dibuat oleh KDN akan menang..selepas mahkamah umumkan kalimah Allah boleh digunakan oleh majlah kristian ( herald ).