matlamat kehidupan

Saturday, July 24, 2010

CATATAN SEBUAH KEHIDUPAN...episod 1

SALAM UKHWAH SEMUA...

MEMULAKAN PENULISAN KU PADA PAGI YANG INDAH INI 13 SYAABAN 1431H BERSAMAAN 25 JULAI 2010 INGINKU CORETKAN SEDIKIT PENGALAMAN YANG MENDEWASAKAN KU.SELEPAS TAMAT BELAJAR DI KUSZA PADA TAHUN 2006,JULAI 2006 KU BERHIJRAH KE BANDAR SRI PUTRA,BANGI SELANGOR DENGAN MEMBAWA MISI INGIN BERDIKARI DENGAN BEKERJA SENDIRI.ALHAMDULILAH PADA AWAL TAHUN 2007 KU TELAH DITERIMA UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI GURU AGAMA DI KG BARU DIBAWAH KELOLAAN JAWI.KETIKA MENJADI GURU BERBAGAI LIKU-LIKU KU TEMPUHI,TAPI SEMUANYA KU TABAHI DENGAN PENUH KESABARAN.AKHIRNYA KU TEMUI KEMANISAN MENJADI SEORANG GURU DENGAN MELIHAT KEJAYAAN ANAK DIDIK KU DARI HASIL ILMU YANG DICURAHKAN DENGAN BERKAT KESUNGGUHAN MEREKA DAN KU SYUKURI KEHADRAT ILAHI.SEK, REN, AGAMA JALAN RAJA MUDA MUSA MERUPAKAN TEMPAT YANG PALING ISTIMEWA BUAT DIRIKU YANG KU AKAN SEMATKAN KEMANISAN MASA LALU YANG KU TEMPUHI DALAM HIDUPKU KERANA : ikuti sebabnya

1- KU PERGI SRAJRMM DENGAN TIDAK ADA TEMPAT TINGGAL TETAP,BENARLAH JANJI ALLAH APABILA NIAT KITA IKHLAS KERANA ALLAH MAKA ALLAH AKAN BANTU HAMBANYA CONTOH SEPERTI AKU,BILA LAPOR SAHAJA PADA HARI PERTAMA DI SRAJRMM KU BERJUMPA DENGAN PENGETUA YANG SANGAT BAIK PERNAH KU TEMUI ( KAK MUNI@SITI MUNIFAH ),MAKA AKU DIPERKENALKAN DENGAN GURU2 SRAJRMM.MAKA KETIKA ITULAH AKU BERJUMPA DENGAN INSAN YANG BAIK HATI IAITU ABG MIE ( NUR HELMY YUSOF )DIALAH YANG AJAK AKU TINGGAL BERSAMA DENGANNYA.BERSYUKUR SANGAT PADA ILAHI KERANA MENGGERAKKAN HATI HAMBANYA(ABG MIE) UNTUK BANTU KU.

2- MASYAALLAH SEPERTI KU BAGITAU TADI PENGETUA YANG PALING BAIK PERNAH KU TEMUI SETAKAT INI IAITU USTAZAH SITI MUNIFAH ( KAK MUNI )YANG SANGAT BAIK HATI,SUARANYA YANG BOLEH MEMBUATKAN ORANG LAIN TERPEGUN(inilah peribadi seorang ketua walaupun wanita).PALING BEST KAK MUNI MMG SPORTING LAH...PEMURAH PLAK TU..SAYANG KT GURU2 NYA..EEE BESTNYA...KAK MUNI JASAMU AKAN KU KENANG...

3- SUBHANALLAH SEBAB KETIGA YANG AKU INGIN KONGSIKAN DISINI IALAH GURU-GURU SRAJRMM MMG SPORTING KAW KAW PUNYA..PUNYA LA BAGUIH...(terutamanya kak syam ngan abg mie)SEBAB APA BUKAN SETAKAT BEKERJA SEBAGAI SEBUAH PASUKAN TETAPI SEBAGAI SEBUAH KELUARGA YANG BEGITU BAHAGIA.MEREKA MENERIMA DIRIKU SEBAGAI ANGGOTA KELUARGA BARU DENGAN PENUH KASIH SAYANG.SELALU MENGADAKAN MAJLIS DAN FAMILY DAY UNTUK RAPATKAN UKHWAH.BEST LA..KAK ANI,KAK INA,KAK PAH,KAK SAL,KAK SYAM,KAK SU,KAK ANA,ABG MIE,HAFIZ,ZUKRI DLL.SESUNGGUHNYA UKHWAH SEJATI SENTIASA DEKAT DIHATI WALUPUN JAUH DIHATI.

4- KAMPUNG BARU SATU NAMA YANG SANGAT DIKENALI DENGAN JOLOKAN GEDUNG MAKANAN DUNIA.WALAUPUN KAMPUNG TAPI TERLETAK BETUL2 TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPUR.SERONOK LA MAKAN PUN SEDAP DAN MURAH.ANAK2 MURID DI KG BARU NI PUN SGT BAIK WALAUPUN NAKAL.HEHE..SEMOGA ANK MURID USTAZ RIDUWAN MENJADI ANAK DAN INSAN YANG BERGUNA SUATU HARI NANTI.INGATLAH YANG MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN DALAM KEHIDUPAN INI ADALAH DENGAN PEGANGAN ILMU AGAMA YANG KUKUH.IA TDAK AKAN MENGHILANGKAN JATI DIRI KITA WALAUPUN DIMANA KITA BERADA.

5- AKHIRNYA SEBAB KU AKAN KENANG SEMUANYA INI ADALAH DI SINILAH CINTAKU MULA BERPUTIK.BERMULA DENGAN HANYA SEBAGAI KAWAN AKHIRNYA BERKAT DOA SEMUA KAWAN2 SRAJRMM AKHIRNYA KE JINJANG PELAMIN.YANG DIMAKSUDKAN IALAH USTAZAH FARHANA YANG MENJADI GURU GANTI DI SRAJRMM.SELEPAS USTZ FARHANA TAMAT KONTRAK SEBAGAI GURU GANTI,KU BERJUMPA KEDUA IBUBAPA NYA MAKA DENGAN PERSETUJUAN IBU BAPA NYA ( ibu dan bapa mertua ku la skrg hehe )MAKAN KAMI PUN SELAMAT DIIJABKABULKAN.DOAKANLAH SEMOGA KELUARGA KAMI BERKEKALAN DUNIA AKHIRAT...

ITULAH 5 SEBAB KENAPA KU AKAN KENANG SRAJRMM DIDALAM DIRIKU SEPANJANG HIDUPKU....

cukup lah setakat ini dulu..nnt kan episod seterusnya...










Thursday, July 22, 2010

Kesukaran vs kemudahan

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menyemak Tafsir Jalalain (karangan Imam Jalaluddin Al-Mahalliy dan Imam Jalaluddin As-Suyuthi). Surah yang dibaca ialah Surah Al-Insyirah. Mungkin ada di antara kita yang selalu membacanya dalam solat atau surah ini menjadi antara surah yang dihafal. Di sini saya sertakan maksud ayat-ayat dari surah ini:



1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

2) dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4) dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5) oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6) (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7) kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8) dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Di sini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama meneliti surah ini. Pertama sekali saya mulakan dengan asbabul nuzul (sebab turun ayat) surah ini. Ibnu Abbas RA telah menceritakan bahawa ayat ini diturunkan ketika orang-orang musyrik mencela orang-orang muslim kerana kemiskinan mereka. Imam Ibnu Jarir telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Al-Hasan yang telah menceritakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, iaitu firman-Nya:
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(ayat ke-6)

Lalu Nabi SAW bersabda:
“Bergembiralah (hai orang-orang mukmin) kelak datang kemudahan bagi kalian, kerana satu kesulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan”.

Daripada ayat dan tafsir di atas, dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran iaitu:

1) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat keenam Surah Al-Insyirah di mana kesusahan akan disertai kemudahan.

2) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah. Cuba sahabat bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan apabila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka, dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.

3) Ayat ketujuh surah ini mengajar kita untuk bersifat sistematik. Subhanallah, betapa Islam itu agama yang memberi panduan untuk penganutnya bukan hanya perintah untuk melakukan ibadah semata-mata. Ini menunjukkan betapa syumulnya (sempurna) Islam. Ilmu pengurusan yang boleh dipelajari dari ayat ini ialah; kita perlu menyenaraikan kerja kita dan melaksanakannya mengikut keutamaan. Apabila selesai satu kerja, barulah kita melakukan kerja yang seterusnya.

4) Allah menyeru kita bersungguh dalam melakukan amal soleh. Ya, bersungguh-sungguh. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah. Saya mengingatkan diri sendiri juga untuk turut mengubah diri supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Kadangkala memang kita sudah siapkan sesuatu kerja, tapi adakah cukup usaha yang kita curahkan? Betulkah cara kita menyiapkan kerja? Adakah unsur leka dan lalai di dalamnya? Sama-samalah kita renungkan...

5) Akhir sekali ayat ini menyeru agar kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan. Satu perkara yang saya terfikir; kaitan antara ayat 7 dan 8. Kaitan antara usaha yang bersungguh-sungguh dengan amalan berdoa. Ini menunjukkan bahawa tiada jalan pintas untuk kejayaan, ia perlu dirintis dengan usaha yang mantap dan akhirnya barulah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya.



Moga perkongsian berkenaan Surah Al-Insyirah dapat menjadi penyuntik semangat kita untuk terus berusaha serta yakin dengan ketentuan Allah tentang janji kesenangan selepas kesusahan. Sama-samalah kita meletakkan keutamaan dalam setiap pekerjaan kita dan akhirnya letaklah pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.


Sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri yang masih dan terus berada dalam proses pembelajaran.


Wallahua’lam.

KENAPA TAK ROGOL SAYA??????

Oleh Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)








Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. MENUTUP AURAT ADALAH SEBAGAI KEWAJIPAN DAN PENDINDING DIRI TERUTAMANYA WANITA,LELAKI PUN SAMA JGK..TUTUP AURAT BEB…

Firman ALLAH S.W.T “ peliharalah diri dan ahli keluarga anda dari seksaan api neraka”.

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

Friday, July 16, 2010

Malaikat Kecil Menyampai Risalah Jalan-jalan Ke Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50 tahun.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" Dengan nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu?"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".




"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.

"Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir "ALLAHUAKBAR!"

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Friday, July 9, 2010

Syaamail quran@the miracle 15 in 1

"Alamilah Penghayatan
Bacaan Al-Qur'an Secara Menyeluruh"

Memperkenalkan Syamil Al-Qur'an The Miracle 15 Dalam 1


1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata
2. Penterjemahaan Bahagian Agama
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading Qur'an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
6. Tafsir Al-Muyassar
7. Asbabunnuzul
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an
9. Mukjizat Al-Qur'an
10. Indeks Al-Qur'an
11. Atlas Al-Qur'an
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an
13. Zikir Al-Ma'surat
14. Intisari Ayat
15. Links to Related Articles
Contoh Halaman Mukasurat 37-38:




1. AL-QUR'AN TERJEMAH PER KATA

Syamil Al-Qur'an Terjemah Per Kata memparkan erti dalam bahasa untuk setiap perkataan dalam Al-Qur'an yang diletakkan betul-betul di bawah perkataan arab tersebut. Ia berfungsi sebagai Al-Qur'an tarbiyyah, membantu anda memahami maksud ayat-ayat Al-Qur'an, membimbing anda untuk belajar bahasa Al-Qur'an dan memudahkan anda menguasai bahasa Al-Qur'an.


Kelebihan yang akan anda prolehi ialah anda akan cepat memahami erti-erti ayat demi ayat yang sedang dibaca walaupun anda tidak membaca terjemahannya secara langsung. Ini kerana di dalam Al-Qur'an terdapat banyak perkataan yang berulang-ulang.
Selain itu, Al-Qur'an per Kata dilengkapi dengan pewarnaan tajwid yang memudahkan anda memahami ilmu tajwid melalui warna-warna tersebut.

2. PENTERJEMAHAAN JABATAN AGAMA

Terjemahan Al-Qur'an ini adalah versi terbaru yang rasmi daripada Jabatan Agama RI yang merupakan rujukan utama penterjemahaan utama Al-Qur'an. Penterjemahan ini dinilai secara teliti dan cermat oleh Kumpulan Lajnah Pentashih Mushaf Al-Qur'an yang dimulakan pada tahun 2004. Terjemahan ini memberikan kemudahan bagi anda untuk memahami maksud setiap ayat yang anda baca.


3. TAJWID MENGGUNAKAN SISTEM QUANTUM READING QUR'AN
Metod pewarnaan tajwid yang digunakan oleh Syamil Al-Qur'an merupakan metod yang praktikal dan sistematik. Hal ini kerana:

1. Menggunakan Khat Resam Uthmani, yang bagus dan rapi, dan telah disesuaikan mengikut piawai Jabatan Agama RI.


2. Pewarnaan tajwid hanya menggunakan 4 warna iaitu biru, merah, hijau, dan hitam.

3. Setiap warna mempunyai fungsi yang berbeza yang dapat membantu anda membaca ayat-ayat Al-Qur'an secara tartil dan betul.

4. Dengan kesekataan warna tersebut, ia memudahkan dalam pembacaan yang sesuai dengan ilmu tajwid.

5. Pewarnaan tajwid tersebut menggunakan prinsip-prinsip Quantum Learning.
4. PANDUAN HUKUM TAJWID

Panduan hukum tajwid ini diletakkan pada setiap halaman.
Tujuannya untuk mempermudahkan anda melihat kembali aturan tajwid Quantum Reading Qur'an, sehingga anda dapat membaca Al-Qur'an secara tartil sesuai dengan contoh yang diamalkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam.

5. VIDEO TUTORIAL SISTEM QRQ

Quantum Reading Qur'an (QRQ) merupakan sebuah metod pembelajaran Al-Qur'an yang paling praktikal pada masa kini.


Metod ini sangat membantu dan memudahkan anda dalam membaca Al-Qur'an dengan bacaan yang tartil dan betul.
Di dalam VCD QRQ ini, anda akan temui 3 hal utama iaitu:

1. Bagaimana caranya agar anda boleh mengamalkan pembacaan mad dan ghunnah secara konsisten.

2. Bagaimana caranya anda boleh fasih dalam pengucapan huruf-huruf hijaiyah, sesuai dengan makharijul khuruf.

3. Bagaimana caranya agar anda boleh menguasai dan mampu melafazkan ayat-ayat gharibah (ayat-ayat langka) secara baik dan betul.

6. TAFSIR AL-MUYASSAR

Tafsir Al-Muyassar diterbitkan oleh Rabithah Alam Islami, dengan karekteristik seperti berikut:

1. Menggunakan penafsiran bil ma'sur dengan memilih riwayat yang sahih.

2. Memilih perkataan dan bahasa yang praktikal serta mudah difahami.

3. Padat dan ringkas serta tidak ada pengulangan bahasan.

4. Merujuk kepada qira'ah Hafs bin Asim.

5. Tanpa menampakkan perbezaan qira'ah dan juga perbezaan struktur bahasa (I'rab).

6. Membiarkan kata-kata baku yang tidak dapat diterjemahkan.

7. Menunjukkan kaitan kandungan ayat-ayat dengan peraturan dan hukum keislaman.


7. ASBABBUNNUZUL

Penyusunan Asbabunnuzul dalam setiap lembaran Mushaf Uthmani ini mencakupi perkara-perkara berikut:

1. Disusun berdasarkan lembaran Mushaf Uthmani dari salah satu ayat atau beberapa ayat yang berkaitan.

2. Mengutamakan periwayatan yang lebih tepat, dengan memperhatikan matan dari kandungan riwayat-riwayat tersebut.

3. Sumber rujukan utama penyusunan asbabunnuzul ini adalah kitab "Lubabunnuqul Fi Asbabinnuzul" karya imam Jalaluddin As-Suyuthi dan Kitab "Asbabunnuzul" Al-Wahidi.

4. Sumber-sumber lain ialah:

a. Kutubu tis'ah (Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa'i, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah, Sunan Ahmad, Malik dan Darami).

b. Jalaluddin Al-Mahalli dab Jalaluddin As-Suyuthi, Tafsir Al Qur'anul Al'Adzim (tafsir Jalalain) Darul Fikr, Beirut.

c. Tafsir Al Qur'anul Al'Adzim (tafsir Ibnu Katsir).

d. Tafsir Al Maraghi (tafsir Ibnu Katsir).

e. Imam Qurthubi, Tafsir Al-Qurthubi Darul kutub al Arabiyah, Kaherah.

f. Abu Ja'far Muhammad bin Jarir At-Thabari, Tafsir At-Tahabari Mustafa Al-Halabi, Kaherah.

g. Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathu Al Bari, Mustafa Al-Halabi, Kaherah

h. An-Nawawi Al-Baghdadi, Syarah Muslim, Al-Mishriyah, Kaherah.

8. DOA-DOA DALAM AL-QUR'AN

Al-Qur'an adalah kalam Allah sebagai pedoman bagi manusia. Di dalamnya mengandungi doa-doa yang diajarkan terus oleh Allah untuk kita.
The Miracle menandainya sehingga anda mudah mengamalkan doa-doa tersebut dalam satu kotak khas dilengkapi dengna judul doa, isi doa dan maksudnya.

9. MUKJIZAT AL-QUR'AN

Bukti-bukti kemukjizatan Al-Qur'an yang dijelaskan secara sederhana sebagai kemudahan bagi anda untuk memahami keagungan Al-Qur'an.
Penuh dengan penjelasan terperinci mengenai ayat-ayat, ibadah, hukum-hukum, tanda-tanda kebesaran Allah, tempat bersejarah, tokoh dan ilmu pengetahuan yang didasari ayat-ayat Al-Qur'an.

10. INDEKS AL-QUR'AN

Indeks Al-Qur'an (Penterjemahan Al-Qur'an) ini disusun berdasarkan:

1. Susunan indeks secara alfabetik menggunakan metod penyusunan kamus bahasa.

2. Pencarian perkataan/kalimah berdasarkan pada perkataan asal. Misalnya untuk mencari "mengajak", rujuk "ajak".

11. ATLAS AL-QUR'AN

Atlas koleksi tempat-tempat bersejarah yang disebutkan dalam Al-Qur'an sebagai kemudahan bagi anda memperoleh gambaran besar mengenai kebenaran Al-Qur'an.
Dijelaskan dengan perbandingan nama-nama daerah tersebut pada masa kini dan di masa lampau.

12. KISAH PARA NABI DALAM AL-QUR'AN

Kisah-kisah penuh hikmah dalam Al-Qur'an dijelaskan secara sederhana untuk kemudahan anda. Dimulai dari perjalanan Nabi Adam Alaihi Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang berdampingan dengan atlas perjalanan mereka.

13. ZIKIR AL-MA'SURAT

Al-Ma'surat merupakan koleksi wirid yang terdiri dari ayat-ayat pilihan dan lafaz-lafaz dari hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang biasa baginda amalkan dalam wiridnya.

Tuntutan doa dan zikir yang baik tentulah seperti yang dicontohkan Rasulullah, kerana itu zikir-zikir dalam Al-Ma'surat ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap muslim.

Anda akan memperoleh manfaat dari aktiviti zikir dan doa Al-Ma'surat ini antaranya bahawa dengan berzikir kita akan selalu ingat dan berkomunikasi dengan Allah serta sentiasa merasakan kewujudan-Nya. Hal ini dikuatkan oleh firman Allah: "kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu." (QS Al-Baqarah: 152).

Al-Ma'surat ini pula akan menjadi sahabat anda dalam mencapai nikmat zikir, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan di dunia.

14. INTISARI AYAT

Intisari Ayat berisi penekanan penting dari setiap halaman yang anda baca.
Hal ini akan memberikan kemudahan bagi anda untuk secara cepat mendapat gambaran mengenai halaman yang sedang anda baca.

15. LINKS TO RELATED ARTICLES

Petunjuk-petunjuk untuk mempelajari lebih dalam tema pembahasan pada halaman yang anda baca sebagai kemudahan untuk anda memahami lebih dalam. Diisi dengan kitab-kitab rujukan, halaman berkaitan, serta alamat internet yang boleh anda gunakan untuk memperolehi penjelasan yang lebih komprehensif.

TEMPAHAN

Harga promosi RM160


Sebarang persoalan atau maklumbalas sila hubungi:
Mohd Riduwan Bin Jamaluddin
prince.protaz@gmail.com
(013-2619254)

Tempah Sekaranglah



Friday, July 2, 2010

KESAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Menurut almarhum Abul A'la al Maududi, pengakuan beriman kepada Allah SWT sebenarnya boleh meninggalkan kesan ke atas kehidupan manusia. Malah, katanya, orang yang tidak beriman dengan Allah SWT akan mengalami kegagalan dan kerugian yang besar.
Apakah kesan beriman dengan Allah SWT? Apakah kerugian yang dialami orang yang tidak beriman?

1. Berpandangan luas
Menurut al.Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.
Bagaimanapun pandangan seperti ini tidak mungkin ada pada orang yang menganut fahaman tuhan yang berbilang-bilang, yang beri'tiqad Allah mempunyai sifat serba kekurangan dan terbatas seperti manusia atau orang yang tidak percaya kepada Allah sama sekali.

2. Melahirkan rasa bangga dan harga diri.
Orang yang beriman kepada Allah berasa bangga sebagai manusia dan mempunyai harga diri. Dia mengetahui Allah adalah Pemilik sebenar segala kekuatan yang ada dalam alam ini, tidak ada yang memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah, tidak ada yang menghidup dan mematikan kecuali Allah serta tidak ada yang memiliki hukum, kekuasaan dan kedaulatan kecuali Allah
.
Oleh itu, keimanannya kepada Allah menyebabkan dia t'dak berhajat kepada yang lain daripada Allah. Tercabut dari dalam hatinya rasa takut kepada yang lain daripada Allah. Dia tidak menundukkan kepalanya di hadapan makhluk, tidak merendahkan diri dan mengemis kepada manusia dan tidak gentar dengan kesombongan dan kebesaran manusia.
Sifat seperti ini tidak mungkin ada pada manusia yang tidak beriman dengan Allah. Antara perkara yang menyebabkan syirik, kufur dan murtad ialah seseorang mahu menundukkan kepalanya kepada yang lain daripada Allah dan menganggapnya berkuasa memberi manfaat dan mudarat. Ia takut dan bergantung harap kepadanya.

3. Rendah hati sesama manusia.
Orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin menjadi angkuh, tidak mensyukuri nikmat dan tidak terpedaya dengan kekuatan dan kemahiran yang dimilikinya kerana dia tahu dan yakin semua itu adalah kurniaan Allah kepadanya. Malah dia sedar Allah berkuasa mengambilnya kembali apabila Dia menghendaki.
Manusia yang tidak percaya kepada Allah akan mengingkari nikmat, menyombong dan mengangkat kepala apabila memperolehi nikmat yang sementara kerana menganggap nikmat itu hasil usaha dan kecekapannya. Begitu juga orang yang musyrik menjadi sombong apabila mendapat nikmat kerana menyangka dia mendapat perhatian lebih daripada Tuhannya berbanding orang lain.

4. Jiwa yang bersih dan beramal saleh
Orang yang beriman dengan Allah yakin tidak ada jalan untuk mencapai keselamatan dan keuntungan kecuali dengan jiwa yang bersih dan beramal saleh. Kesedaran itu timbul kerana dia beriman kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Adil, bergantung harap segala sesuatu kepada-Nya.
Sebaliknya orang yang musyrik dan kafir menghabiskan masa hidup mereka untuk angan-angan yang palsu. Di antara mereka ada yang berkata: "Sesungguhnya anak Allab telah menjadi penebusan dosa-dosa kita kepada Bapanya."'Ada juga yang berkata: "Kami adalah putera Allah dan kekasihnya, maka Ia tidak akan menyiksa kami kerana dosa kami."Ada juga yang berkata: "Kami akan meminta syafaat pada sisi Allah kepada pembesar kami dan orang yang bertaqwa di kalangan kami.' Ada juga di kalangan mereka yang menyembahkan nazar dan korban kepada tuhan mereka dan menganggap dengan cara demikian mereka telah mendapat izin untuk berbuat sekehendak hati mereka.
Kepercayaan karut seperti itu sentiasa membenamkan orang-orang berkenaan dalam lumpur dosa dan maksiat serta lupa mensucikan iiwa dan memperbaiki amal mereka.
Orang yang murtad pula sama sekali tidak percaya adanya Pencipta mereka. Mereka tidak percaya akan diminta bertanggungiawab atas perbuatan mereka serta menerima balasan atas perbualan itu. Mereka menyangka mereka merdeka di dunia dan tidak terikat dengan sesuatu undang-undang. Tuhan mereka ialah hawa nafsu dan mereka meniadi hambanya.

5. Tidak berputus asa dan hilang harapan
Orang mukmin tidak mudah dihinggapi rasa putus asa dan hilang harapan dalam apa keadaan sekalipun kerana dia beriman kepada Yang Memiliki langit dan bumi serta Yang Memiliki nikmat dan kurniaan yang banyak. lman memberikan ketenteraman yang luar biasa pada hatinya. lman mengisi hatinya dengan ketenangan dan harapan meskipun dia dihina di dunia dan diusir dari semua pintu kehidupan sehingga kelihatan jalan hidupnya sempit dan seluruh saluran kebendaan terputus daripadanya. Dia yakin Allah tidak pernah terlena dan tidak membiarkan hidupnya terlantar. Oleh itu dia sentiasa mencurahkan tenaganya dengan bertawakkal kepada Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya dalam semua urusan.
Ketenteraman hati dan ketenangan iiwa seperti ini tidak mungkin dimiliki kecuali dengan aqidah tauhid. Orang kafir, musyrik dan mulhid (athies) mempunyai hati yang lemah. Mereka bersandar kepada kekuatan yang terbatas. Maka alangkah cepatnya mereka dihinggapi rasa putus asa ketika menghadapi kesukaran. Kadangkala membawa mereka membunuh diri.

6. Memiliki hati dan pendirian yang teguh
lman kepada Allah mendidik manusia dengan kekuatan-yang besar, bulat, tekad, berani, sabar, tabah dan tawakkal ketika menghadapi perkara besar di dunia demi mengharapkan keredaan Allah. Dia yakin kekuatan Allah yang memiliki langit dan bumi menyokongnya dan membimbingnya dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu hatinya menjadi lebih teguh, tabah dan keras daripada keteguhan, ketabahan dan kekerasan gunung. Hampir tidak ada suatu musibah dalam dunia yang dapat melawan tekad yang telah dibuatnya. Bagaimanakah syirik, kufur dan mulhid dapat menentang kekuatan dan ketabahan seperti ini?

7. Berani dan tabah
lman kepada Allah menjadikan manusia berani dan mengisi hatinya dengan ketabahan. Ada dua perkara yang menjadikan seseorang manusia itu pengecut dan lemah
semangat. Pertama, cinta pada diri, harta dan keluarganya. Kedua, percaya bahawa ada yang lain daripada Allah yang dapat mematikan manusia dan dia tidak dapat menolak kematian itu dengan sebarang tipu daya.
Bagaimanapun iman kepada Allah dapat mencabut kedua-dua perkara itu daripada hati manusia dan membersihkannya daripada daki-dakinya dengan sebersih-bersihnya. lman dapat mencabut yang pertama dengan menjadikan dia yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Pemilik diri, harta dan keluarganya. lman menjadikan dia sedia berkorban untuk jalan dan keredhaan Allah. Dia sedia berkorban dengan segala sesuatu yang ada padanya sama ada yang mahal mahupun murah.
lman juga dapat mencabut perkara kedua dengan menanamkan ke dalam iiwa manusia bahawa tidak ada seorang manusia atau seekor binatang pun yang dapat merampas hidupnya, tidak juga bom atau meriam, pedang, batu atau kayu, sebaliknya hanya Allah yang berkuasa berbuat demikian. Allah telah menetapkan waktu bagi kematiannya. Tidak ada satu kekuatan pun dalam dunia ini yang dapat mempercepatkannya.
Oleh itu, tidak ada orang di dalam dunia yang lebih berani daripada orang yong beriman kepada Allah. Satu bala tentera sekalipun tidak dapat menakutkan atau menggentarkannya kerana ketika dia maju untuk beriihad dia dapat menghancurkan suatu kekuatan yang melebihi sepuluh kali ganda.
Oleh itu, bagaimanakah orang kafir, musyrik dan mulhid menganggap jiwa mereka adalah barang paling berharga bagi diri mereka dan yakin bahawa mati itu datang bersama kedatangan musuh dan pergi dengan pemergian musuh?

8. Menjauhi perbuatan hina, berpada dengan yang ada
Iman kepada Allah mengangkat darjat manusia dan menimbulkan dalam dirinya sifat menjauhkan diri daripada perbuatan yang rendah martabatnya. Dia juga berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak memerlukan pemberian orang, menyucikan hatinya daripada sifat tamak, rakus, dengki, rendah diri dan segala sifat buruk serta kecenderungan yang hina. Tidak terlintas dalam hatinya memilih jalan yang keji untuk mencapai kejayaan kerana dia yakin rezeki berada di tangan Allah. Dia yakin Allah melimpahkan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya dan menentukan kepada orang yang dikehendaki-Nya. Tidak ada kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran, kekuasaan, pengaruh dan kemenangan melainkan di tangan Allah. Manusia wajib berusaha dengan cara yang mulia menurut kemampuannya. Kejayaan atau kegagalan bergantung kepada Allah. Tidak ada yang dapat menahan apa yang diberi-Nya dan tidak ada yang dapat memberi apa yang ditahan-Nya.
Orang kafir, musyrik dan mulhid menyangka bahawa kejayaan mereka atau kegagalan bergantung kepada bantuan kekuatan duniawi atau halangannya. Mereka adalah hamba kepada keserakahan dan kerakusan. Untuk mencapai kejayaan mereka tidak segan menerima rasuah, mengampu, bersekongkol dan melakukan pelbagai lagi cara yang keji. Mereka menggigit jari kerana dengki melihat kejayaan orang lain. Mereka menggunakan tipu daya untuk menjatuhkan orang lain atau orang yang menentang mereka.

9. Terikat dan patuh pada peraturan Allah
Perkara paling penting dalam hubungan ini ialah iman kepada Allah menjadikan manusia terikat dan patuh kepada undang-undang Allah. Orang yang beriman yakin Allah mengetahui segala sesuatu. Malah Allah lebih dekat kepada diri mereka daripada urat leher mereka sendiri.
Orang beriman yakin apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan di dalam gelap ataupun bersendirian, Allah tetap mengetahui. Apabila terlintas dalam hatinya sesuatu yang tidak baik, Allah tetap mengetahui. Walaupun dia dapat menyembunyikan perbuatannya daripada orang lain, dia tidak dapat menyembunyikannya daripada Allah. Walaupun dia dapat melepaskan dirinya daripada sebarang kekuatan, dia tidak dapat melepaskan dirinya daripada Allah.
Oleh itu semakin kukuh iman ini melekat dalam jiwa seseorang, semakin tekun ia mengikuti hukum Allah dan menjauhi larangan-Nya. la bergegas menuju kebajikan dan mengerjakan apa yang diperintah oleh Allah sekalipun di dalam gelap mahupun bersendirian. Di hadapan matanya sentiasa terbayang pengadilan tinggi yang hampir dan tidak ada orang yang dapat melepaskan diri daripada pemeriksaan-Nya.
Iman kepada Allah menjadi syarat pertama dan paling utama untuk menjadikan seseorang manusia itu Muslim kerana seorang Muslim ialah hamba yang taat dan patuh hanya kepada Allah SWT.