matlamat kehidupan

Tuesday, June 8, 2010

PUNCA JENAYAH ROGOL DALAM KALANGAN PESALAH ROGOL DI PENJARA KAJANG

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan berita mengenai kes rogol hingga membawa kepada kes bunuh selepas dirogol di negara kita pada saban tahun. Fenomena ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah, keadaan politik di Malaysia kerana ianya melibatkan kepimpinan negara.Senario politik yang berlaku ini menyebabkan pengabaian program untuk mendidik masyarakat.negara kita.Apabila didikan diperingkat Negara tidak dijalankan melalui media elektronik dan media massa maka masyarakat akan kosong jiwa mereka.Bermula dari itulah runtuhnya intitusi kekeluargaan sehingga tugas dan tanggungjawab sebagai Ibu bapa diabaikan sebagaimana digambarkan oleh Rasululah s.a.w bahawa anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan bersih maka kedua Ibu bapanya yang akan mencorakkannya.

Selain itu, punca jenayah rogol juga adalah berpunca daripada rancangan di media elektronik.Sebagai contohnya rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemaikaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum menutup aurat dalam Islam,inilah faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini. Dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya.Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di Malaysia terutamanya remaja melayu yang beragama Islam.

Oleh yang demikian, disebabkan faktor ini juga hingga mempengaruhi masyarakat yang nipis imannya dan kurangnya pengatahuan agama dihanyutkan nafsu serakah mereka.Bahkan yang lebih mengecewakan apabila timbul pula Istilah haruan makan anak ataupun harapkan pagar,pagar makan padi,inilah istilah yang paling sesuai digunakan untuk golongon ini yang sanggup menghancurkan harapan anaknya sendiri.

Namun harus diingatkan juga bahawa perlakuan jenayah rogol juga bukan hanya disebabkan berpunca daripada lelaki sahaja tetapi berpunca juga daripada wanita yang menjadikan tubuh badannya yang cantik dan sempurna itu sebagai tatapan khalayak ramai.Trend pemakaian wanita ini menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen terkini yang datangnya dari Negara barat,maka wanita di Negara ini lupa asal usul dirinya yang sepatutnya berpegang dengan kaedah pemakaian Islam.Akhirnya disebabkan budaya pemakaian artis ataupun wanita di nagara barat ini telah meresapi ke dalam masyarakat wanita Negara ini maka inilah yang menyebabkan terjadinya jenayah rogol.Jelaslah Islam mewajibkan pemakaian pakaian yang menutup aurat bagi wanita adalah mempunyai mesej yang sangat bernilai dan menjadi benteng yang utuh serta mencegah daripada berlakunya jenayah rogol ini.Berdasarkan firman Allah s.w.t aurat ini mempunyai hubungan dengan mata,sekiranya terdedahnya aurat maka secara automatiknya nafsu akan memberontak.Apabila nafsu sudah memberontak maka terjadilah jenayah rogol akibat desakan nafsu yang mengusai dirinya sehingga melupakan sifat sebagai seorang insan yang sepatutnya mempunyai sifat keperikemanusiaan.

Penyelidikan yang dijalankan ini adalah berkaitan punca jenayah rogol ini berlaku.Penyelidikan telah dijalankan di Unit halaqah Penjara Kajang,Selangor hasil secara temubual mendapati hamper 90% jenayah rogol berlaku akibat kurangnya penekanan aspek agama terutamanya solat lima waktu yang menjadi asas kepada agama Islam.Apabila melihat aspek agama ini ianya berkait rapat dengan intitusi kekeluargaan yang menjadi asas bermulanya di sini.Malangnya sekarang ini Intitusi kekeluargaan mengalami keruntuhan yang serius berdasar statistik penceraian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun,maka inilah juga punca yang menyebabkan berlakunya jenayah rogol.Justeru, hal ini memerlukan masa yang amat panjang untuk mentarbiah kembalikan masyarakat Islam untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.Maka kerajaan haruslah lebih efektif dalam merencanakan program untuk masyarakat kearah memulihkan akidah Islam yang kukuh supaya menjadi benteng yang utuh berteraskan keiamanan dan ketakwaan kepada Allah.

No comments:

Post a Comment