matlamat kehidupan

Sunday, December 20, 2009

ILMU TASAWUF BENTENG SEGALA JENIS MAKSIAT



   

     Ilmu tasawuf merupakan ilmu yang membincangkan tentang akhlak yang perlu ada pada setiap insan yang mengaku dirinya sebagai seorang muslim.Di samping kita mengakui diri kita sebagai muslim maka sudah semestinya kita perlu mengikut apa yang telah digariskan oleh agama kita iaitu agama islam.Sesungguhnya agama kita mempunyai tiga perkara yang mana tidak ada pada agama lain iaitu akidah,syariat dan akhlak.Dalam perkara pokok yang ketiga ialah akhlak,salah satu cabang ilmu dalam akhlak ialah ilmu tasawuf.Ilmu tasawuf ialah ilmu yang membentuk keperibadian seseorang dengan akhlak yang terpuji dan meninggalkan akhlak yang keji.
      Namun amat mengecewakan apabila di Negara kita berlaku keruntuhan akhlak yang mana semakin hari semakin serius melibatkan golongan muda-mudi yang berumur lingkungan belasan tahun kebanyakannya.Baru-baru ini mastika keluaran Jan 2006 mendedahkan gejala maksiat  yang melibatkan remaja belasan tahun bagaimana rapuhnya akhlak remaja sekarang sehingga sanggup menggadai maruah diri dengan hanya pujuk rayu insan yang bernama lelaki yang hanya berteraskan nafsu semata-mata tanpa menghiraukan masa depan gadis yang telah dia rosakkan.Yang gadis pula bila dah mengandung baru keluarga bising kata kena rogol padahal suka sama suka maka jelaslah kepada kita betapa rapuhnya akhlak remaja kita yang mana dianggap barisan pemimpin pada masa akan datang.
       Seperkara lagi, masyarakat haruslah sedar selepas isu ajaran sesat terutamanya ajaran ayah pin lenyap begitu saja, timbul pula isu kumpulan JIT ataupun singkatan daripada "Jangan Ikut Tuhan" dan juga lebih dikenali dengan nama Black Metal yang hebat diperkatakan ianya bukan sahaja boleh merosakkan akhlak remaja kita malahan boleh merosakkan pegangan akidah para remaja kita.Kumpulan ini amat merbahaya kerana ianya melibatkan pemujaan hingga sanggup mengoyak dan membakar al-Quran,yang mana kita mengetahui bahawa al-Quran dan as-Sunnah sumber rujukan utama bagi umat islam.Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah bersabda " Aku tinggalkan dua perkara,kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagimana kamu berpegang pada kedua-duanya iaitu al-Quran dan as-sunnah".Persoalannya bagaimanakah perkara ini boleh berlaku dan apakah jalan penyelesaiannya?inilah merupakan rancangan orang kafir untuk memastikan umat islam terutamanya remaja islam terpesong dari pegangan akidah yang sebenar.
Kesimpulannya,sebagai salah satunya jalan penyelesaian gejala keruntuhan akhlak ini dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan mendalami ilmu-ilmu islam terutamanya ilmu tasawuf  serta mempraktikal segala ilmu yang dipelajari bukanlah hanya sekadar belajar tetapi mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian.Penekanan ilmu tasawuf ini hendaklah bermula peringkat kanak-kanak yang bermula dirumah seterusnya remaja hinggalah golongan dewasa.InsyaALLAH dengan usaha kita ini akan melahirkan Negara Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
 Ditulis oleh penulis FSNI pada tahun 2006



No comments:

Post a Comment