matlamat kehidupan

Thursday, December 23, 2010

JANA PENDAPATAN

salam saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog saya ini,bagaimana anda boleh menjana pendapatan anda dengan 2kali.com,sumbernya adalah halal,kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya dengan memberi comment dibawah....tolong menolong sesama umat Islam satu kewajipan.

Monday, December 20, 2010

Muhasabah Diri Melalui Azan


Azan dalam Islam bermaksud memaklumkan. Ia sinonim dengan bilal atau muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan Rukun Islam kedua.
Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh, tengahari, petang, malam hinggalah ke awal pagi keesokan harinya.
Namun, cuba kita tanyakan diri, apakah yang kita lakukan sebaik sahaja terdengarnya azan?
Adakah kita mendiamkan diri sambil menghayati setiap kalimah azan yang dilaungkan oleh bilal dan menjawabnya satu persatu?
Atau terus bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu' serta bersedia untuk mengerjakan solat?
Mungkinkah hanya membiarkan seruan azan itu berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukannya? 
Bagaimana pula dengan azan melalui corong radio mahupun televisyen, berapa ramai yang terus menghayati dan berapa kerat pula yang terus menukar siaran sebaik sahaja azan ke udara? 
Mari kita berkongsi sedikit waktu untuk menyelidiki apa yang tersirat di sebalik makna panggilan azan itu melalui makna dalam bahasa.
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
Sebutan empat kali "ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar" ini menunjukkan betapa Agungnya ALLAH SWT, lantas menyedarkan kita betapa kebesaranNya mengatasi segala apa yang ada di langit dan di bumi.
Waktu ini seharusnya fikiran kita difokuskan pada fitrah kejadian seorang manusia sebagai khalifah. Tinggalkan segala hal duniawi dan terus menunaikan kewajipan untuk sujud kepadaNya tanpa sebarang alasan.
Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH
Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH
Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH" yang memberi kesaksian tentang sifat keEsaan Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH.
Lantas menyedarkan kita tentang syahadah kita. Sesungguhnya dengan solatlah syahadah kita terjaga. Dari solat yang khusyuklah syahadah memelihara kita. Lalu apakah alasan kita untuk mengelak dari melakukan hal yang paling utama dari segala perkara yang utama di dunia ini?
Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH
Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH
Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH" ini memberi kesaksian tentang kerasulan Rasulullah saw. Mengingatkan kita betapa Nabi Muhammad saw. itu sebenar-benarnya utusan dan kekasih ALLAH SWT.
Selepas solat sebaiknya berselawatlah kepada Rasul Junjungan kita dan para keluarga mahupun sahabat Baginda saw..
Pengorbanan dan akhlak Nabi saw. menjadi contoh bagi sekalian umat. Betapa sayangnya Nabi pada umat Baginda sehingga nafas terakhirnya diakhiri dengan kalimah "ummati..ummati..".
Syafaatnya antara rahmat yang diberi pada umatnya. Lantas ringankanlah diri berselawat kepadanya. Cinta kita pada Baginda saw. masih tidak setanding cinta Baginda saw. pada kita.
Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH
Marilah mendirikan solat
Sebutan dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH dan Marilah mendirikan solat" adalah mengajak untuk menunaikan solat.
Sebaiknya solat itu adalah solat berjemaah. Solat adalah penghubung seorang hamba dengan Tuhannya.
Sudah ditetapkan ada lima waktu solat fardhu perlu ditunaikan. Seandainya kita mengelak dengan pelbagai alasan  sekalipun ia tetap dikira sebagai 'hutang' di sisi ALLAH.
Kita sebagai hamba perlu melunaskan kewajipan sebelum ALLAH swt. melunaskan untuk kita (Azab Neraka).
Bilakah agaknya kita betul-betul bersedia untuk menunaikan solat dengan sempurna?
Adakah kita mempunyai waktu yang cukup untuk menggantikan segala solat yang telah tertinggal?
Sesungguhnya hari ini tidak akan sama dengan semalam dan jauh berbeza dengan esok. Tidak sama pagi yang ada matahari dan malam yang bertemankan bulan.
Lalu solatlah diawal waktu dan gantikanlah solat yang telah tertinggal.
Marilah menuju kejayaan
Marilah menuju kejayaan
Sebutan dua kali "Marilah menuju kejayaan" yang sama banyak dengan panggilan solat.
Sesungguhnya orang yang menang dan berjaya di sisi ALLAH ialah orang yang tetap mengerjakan solat dengan hati yang khusyuk.
Ini juga menunjukkan Islam menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan yang pasti bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat sana.
Kejayaan yang sebenar-benarnya bukan sahaja dari berapa banyak harta kita, tetapi betapa kita menjagaNya di hati kita dengan menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Sebaik-baiknya tinggalkan dahulu kerja mencari harta untuk dunia untuk mengerjakan solat sebagai bekalan di akhirat sana sejurus sahaja seruan azan dilaungkan.
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
Tiada Tuhan selain ALLAH
Kita diingatkan kita sekali lagi betapa besar dan agungnya ALLAH SWT. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH. Manusia itu mudah lupa dan lemah, tetapi ALLAH itulah sumber kekuatan kita.
Solat yang sempurna dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan cela.
Kalaulah diri mudah mengikut ajakan teman-teman walaupun pujukan tanpa sebarang alat pembesar. Kenapa azan yang dilaungkan dengan lantang langsung tidak terendah oleh akal dan fikiran apalagi jasad?
Walhal, Syaitan sekalipun akan berlari bertempiaran tatkala terdengar laungan azanmenunjukkan betapa azan ini mampu memberi rasa GENTAR pada syaitan.
Adakah kita ingin menjadi lebih teruk daripada makhluk tersebut, tiadakah rasa gentar dan takut dalam hati kita tatkala nama ALLAH dilaungkan?
Ingatlah, selagi kita terdengar kalimah ALLAH dari azan yang dilaungkan, persiapkan diri untuk solat.
Kerana kita tidak tahu sampai bilakah lagi laungan ini akan kedengaran di cuping telinga.
Andai panggilan menghadapNya sudah tiba, sudah tentu kita tidak mampu menangguhkannya apalagi mengelak.

Tuesday, November 2, 2010

Imam Dan 20 Sen.



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Monday, October 25, 2010

Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung


Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
§  Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
§  Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
§  Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
§  Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
§  Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
§  dan sebagainya.
Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.
Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Qanaah Dalam Kehidupan



Kita mungkin tidak sedar, dalam kehidupan kita hari ini, kita terlalu cenderung memilih sesuatu yang berharga, mewah, berjenama, tercanggih, terbaru, dan termoden semata-mata ingin mengikut trend yang digembar-gemburkan oleh pihak media dan Barat. Padahal, banyak lagi keperluan lain yang boleh kita isi, yang boleh kita dapat manfaat berbanding dengan jenama dan trend yang hanya sementara kegemilangannya. Boleh dikatakan bahawa kebanyakkan kita terpalit dalam fitnah dunia yang terlalu berpaksikan individualism dan materialism. Maka, salah satu langkah yang boleh kita ambil dalam membentuk peribadi yang lebih mensyukuri nikmat kurniaan Allah dengan melatih diri kita dengan sifat Qanaah.
Apakah makna Qanaah? Secara literal, Qanaah boleh kita ambil sebagai sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah. Namun, wujud persoalan adakah Qanaah ini membawa diri kita kepada malas berusaha, tidak berdaya saing, kurang produktiviti atau cukuplah berusaha setakat ala kadar melepas batuk di tangga? Maka, inilah penilaian yang salah yang kita perlu perjelaskan dalam diri kita tentang konsep Qanaah itu yang sebenar.
Sekiranya kita memahami dan menghayati sifat Qanaah secara total, kita pasti menjadi seorang Muslim yang hebat pemikirannya, berdaya saing, memberi sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat. Kerana apa? Kerana secara zahirnya, sifat Qanaah ini tidak menghindarkan kita dari terus berjaya dalam aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu tidak dapat apa yang dikehendaki, maka tidak pula muncul perasaan iri hati, dengki atau benci kepada orang lain yang diberikan rezeki dan nikmat daripada Allah Taala kepada mereka, sebaliknya menjadikan dia sebagai hamba yang lebih bersyukur, lebih menghargai segala yang diberikan. Fokus dan matlamat masih utuh dan yakin bahawa Allah telah menetapkan rezeki tertentu untuk hamba-hambanya. Bukankah ini memperlihatkan Islam itu indah, maka tidak sepatutnya hari ini wujud sentimen umat Islam ini mundur dan tidak mampu maju.
Namun adakah sifat Qanaah ini menjadi satu “culture” dalam masyarakat Islam hari ini. Mari kita lihat beberapa contoh di Malaysia, bagaimana sukarnya masyarakat Melayu yang secara perundangannya beragama Islam itu untuk maju dan bersaing dengan masyarakat lain di Malaysia. Kita diperlihatkan dan didedahkan oleh akhbar akan sifat iri hati dan dengki sesama Muslim itu sendiri. Akhirnya masyarakat kita masih kekal ke belakang dek arus pembangunan yang telah jauh ke hadapan meninggalkan pembangunan akhlak dan pemikiran kita yang masih belum menampakkan kematangan.
Sebagai contoh lain, sekiranya hari ini sahabat baik kita membeli kasut berjenama Adidas, amat cantik dan bergaya. Adakah patut bagi kita untuk membeli kasut yang baru yang lebih bergaya semata-mata untuk menandingi kasut baru rakan kita tadi? Padahal kasut kita masih boleh dipakai dan duit itu masih boleh kita simpan untuk kegunaan masa hadapan atau digunakan pada tempat yang lebih penting. Memang kadang-kadang kita terasa teruja melihat kecanggihan, keselesaan pada ciptaan-ciptaan manusia yang sukar kita elakkan. Namun, perlu kita ukur kepentingannya mengikut keadaan, situasi, dan manfaat serta faedahnya kepada diri kita dan orang lain. Inilah sifat Qanaah yang sepatutnya kita aplikasikan dalam kehidupan, bersederhana dalam segala aspek. Indahkan Islam ini sekiranya kita hayati.
Timbul pula, persoalan di mana adakah sifat Qanaah ini membuat kita sebagai orang yang ketinggalan zaman, selekeh, tidak terurus dan sebagainya. Maka sifat Qanaah ini pula tidak pula menjuruskan seorang muslim itu kepada menjadi seorang yang terlalu kedekut dan kikir. Sehinggakan menimbulkan persepsi buruk dalam masyarakat, menyusahkan diri dan sebagainya. Kita harus sedar bahawa sifat Qanaah ini jauh sama lagi dapat kita samakan dengan dengan kedekut dan kikir. Dua benda yang berbeza.
Maka, secara keseluruhan sifat Qanaah antara pengawal diri ini dengan tidak membawa kita kepada pembaziran yang berlebih-lebihan atau pun membawa kita kepada nilai kedekut atau kikir. Bersederhanaan dan bersyukur adalah kunci yang membawa kepada Qanaah dalam kehidupan kita.
Mari kita rujuk beberapa potong ayat al-Quran dan hadis yang memjelaskan tentang sifat mulia ini :-
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
"Dan mereka - hamba-hamba Allah yang berbakti - itu apabila menafkahkan hartanya, maka mereka itu tidak melampui batas - terlalu boros - dan tidak pula bersikap kikir, tetapi pertengahan antara keduanya itu."
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Bukannya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanya jiwa."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Hakim bin Hizam r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya harta itu umpama benda yang kehijau-hijauan - yakni enak dirasakan dan nyaman dipandang, juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kedermawanan - daripada orang yang memberikannya serta memintanya itu dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperoleh barakah daripada Tuhan, tetapi barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan - atau ketamakan, maka tiadalah barakah Tuhan dalam harta tadi. Ia umpama seseorang yang makan, namun tidak pernah kenyang.”
(Muttafaq ‘alaih).
Maka, dapat kita simpulkan bahawa sifat qanaah ini merupakan salah satu sifat yang memperlihatkan peribadi seorang muslim itu sendiri. Apatah lagi, sifat qanaah ini membolehkan seseorang itu mengawal nafsunya, perlakuannya, pemikirannya, dan emosinya dalam mengatasi kehendak dan kemahuan yang menuruti hati yang didukung oleh nafsu semata-mata. Lebih-lebih lagi sifat qanaah ini melahirkan rasa syukur kita pada Allah atas segala kurniaan dan nikmat yang telah diberikan. Seterusnya menjadikan kita seorang muslim yang berjaya yang mempunyai ciri-ciri orang yang bersyukur dan zuhud.
Insyaallah.

Doa Sewaktu Bersujud dan Keistimewaannya.


Nasihat Yusof Al-Qardhawi...

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasullullah:
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda
bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda:
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:
"Bahkan !"
Rasulullah menyambung:
"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.