Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku:
'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak
dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian
beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan
barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa
yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang
berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya
pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat
Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya
pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)
Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang
berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala
orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga
bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa
perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api.
(Kanzul Ummal 1: 47)
Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya:
Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian
pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di
permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia
dari golonganku.
Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!
Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!
Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!
Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!
7 amalan sunnah
Rasulullah s.a.w
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."
Kita
jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan
mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita
dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah
kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab
al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan
syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya
(mengamalkannya).”(HR Muslim)
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat
kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak
tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan
dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari
daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]
Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat,
beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan
kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS.
al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan
petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya
perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang
buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur,
maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada
penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi.
No comments:
Post a Comment